Thursday, 13 September 2012

Padah rogol rakan sekolah sendiri

Akibat terlalu taksub dengan hubungan seks, seorang pelajar tergamak rogol rakannya sendiri. Lokasi kejadian berlaku di Sungai Udang di Melaka dan pelajar terbabit dibelasah dengan teruk oleh bapa mangsa yang menemuinya berada di bilik anak perempuannya kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, pelajar tersebut dibelasah dengan teruk dan menyebabkan kecederaan serius di seluruh badan dan terutama di perut, muka, leher dan tangan. Dipercayai dia debelasah dengan menggunakan kayo berdasarkan kesan lebam-lebam di seluruh badannya. Dia kini dirawat di Hospital Melaka.

Menurut sumber polis, kejadian berpunca apabila dia menjalin hubungan cinta dengan anak seorang pegawai anggota keselamatan berusia 13 tahun tanpa pengetahuan keluarganya.

Mangsa Rogol :
Pelajar terbabit dikatakan telah merogol mangsa di belakang tangga rumahnya di Sungai Udang pada pertengahan September lalu. Diakatakan juga dia kerap menyelinap ke bilik mangsa tanpa pengetahuan ibu bapa mangsa.

Akhirnya tindakannya itu dapat dihidu oleh bapa mangsa.
“Pada jam 10.30 malam, 27 September lalu, pelajar lelaki itu sekali lagi menyelinap masuk ke bilik tidur kekasihnya.

“Tindakan itu disedari bapa mangsa yang berang melihat pelajar itu berselimut di atas katil anak gadisnya lalu berlaku pertelingkahan antara mereka sebelum lelaki itu memukul pelajar terbabit.

“Dia turut menghubungi tiga rakannya yang turut membelasah mangsa hingga parah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye yang dihubungi di sini mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan, namun tidak dapat mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

No comments:

Post a Comment